k1
PENGENALAN
Pengujian sistem merupakan salah satu proses dalam System Development Life Cycle (SDLC) dan sangat penting bagi memastikan sistem yang dibina dapat berjalan dengan lancar . Pengujian sistem ini merupakan ujian / Siasatan yang dijalankan untuk membekal informasi tentang kelebihan, kualiti atau risiko sistem yang sedang dibangunkan tersebut.
OBJEKTIF PENGUJIAN SISTEM
KAEDAH PENGUJIAN
STATIK DINAMIK
PENGUJIAN SISTEM
pengujian sistem dilakukan secara manual dan dilakukan ke atas sistem yang boleh dilarikan (executed). Proses ini bermula di awal fasa pembangunan sistem dan dilakukan semasa proses verifikasi sistem . Ia melibatkan pengujian kod program dan juga dokumentasi yang berkaitan tetapi ia tidak memerlukan sesebuah program itu dilaksanakan. Antara jenis pengujian statik adalah walkthrough, ulasan (review), dan pemeriksaan (inspecton)
STATIK VS DINAMIK
Pengujian sistem merupakan salah satu proses dalam System Development Life Cycle (SDLC) dan sangat penting bagi memastikan sistem yang dibina dapat berjalan dengan lancar . Pengujian sistem ini merupakan ujian / Siasatan yang dijalankan untuk membekal informasi tentang kelebihan, kualiti atau risiko sistem yang sedang dibangunkan tersebut.
OBJEKTIF PENGUJIAN SISTEM
- mencari kesalahan atau error di dalam sistem yang disebabkan oleh pembangunan sistem.
- meningkatkan kebolehpercayaan sistem dari segi kualiti
- untuk mengelakkan kecacatan sistem.
- untuk memastikan produk yang dihasilkan memnuhi kehendak pengguna dan pelanggan .
- untuk meningkatkan aras keyakinan pengguna dengan memberikan sistem yang berkualiti.
KEGAGALAN SISTEM
Faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan sistem :
- bugs yang wujud dalam kod atur cara.
- kesalahan / error yang terjadi apabila pembangunan sistem / jurutera sistem (system engineer) tidak memahami kehendak sistem (System requirement) atau spesifikasi reka bentuk (design specification)
PRINSIP PENGUJIAN SISTEM
- Pengujian sistem bertujuan untuk membuktikan kewujudan kecacatan sistem
- pengujian secara menyeluruh adalah hampir mustahil
- pengujian dilakukan seawal semasa pengumpulan keperluan pelanggan
- kecacatan sistem yang berulang perlu diuji dengan menggunakan kes pengujian (test case) yang berlainan
- cara pengujian sistem adalah mengikut jenis-jenis sistem
PROSEDUR PENGUJIAN SISTEM
prosedur pengujian sistem melibatkan beberapa fasa dan dikenali sebagai Software Testing Life Cycle (STLC). STLC merupakan satu urutan aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi menguji sesebuah sistem/perisian yang dibangunkan. Fasa Fasa STLC adalah:
- Analisa Keperluan (requirement analysis / design review)
- perancangan pengujian (test planning)
- reka bentuk kes pengujian (test case development / test designing)
- pembangunan persekitaran pengujian (environment setup)
- pelaksanaan pengujian (test execution)
- penutupan pengujian & laporan (test cycle closure / test reporting)
ANALISIS KEPERLUAN
pada fasa ini, ahli kumpulan penguji akan mengkaji keperluan sistem yang dibangunkan dan keperluan semasa membuat pengujian. Kumpulan QA (Quality Assurance) akan berbincang bersama stakeholders (pelanggan, penganalisi bisnes, pembangunan sistem dan lain-lain) untuk memahmi keperluan dengan lebih terperinci
AKTIVITI
- mengenal pasti ujian yang akan dilaksanakan
- mengumpul maklumat dan perisian tentang keutamaan dan fokus pengujian.
- menyediakan Requirement Traceability Matrix (RTM).
- mengenal pasti perincian tentang persekitaran pengujian di mana proses pengujian akan dilaksanakan
KRITERIA MASUK
Dokumen keperluan sistem yang menerangkan tentang apa yang akan dibuat oleh sistem, prestasi sistem dan keselamatan sistem
KRITERIA KELUAR
RTM yang telah dipersetujui dan disahkan oleh pihak atasan.
PERANCANGAN PENGUJIAN
juga dikenali sebagai fasa strategi pengujian. perancangan pengujian adalah suatu dokumen yang menerangkan tentang skop, pendekatan, sumber, anggaran perbelanjaan dan jadual aktiviti pengujian sistem.
AKTIVITI
PEMBANGUNAN PERSEKITARAN PENGUJIAN
persekitaran pengujian penting untuk menentukan dan memastikan perisian dan peralatan yang akan digunakan dalam proses pengujian adalah dalam keadaan baik dan sesuai.
AKTIVITI
PERANCANGAN PENGUJIAN
juga dikenali sebagai fasa strategi pengujian. perancangan pengujian adalah suatu dokumen yang menerangkan tentang skop, pendekatan, sumber, anggaran perbelanjaan dan jadual aktiviti pengujian sistem.
AKTIVITI
- menyediakan pelan pengujian (test plan) / dokumen strategi (strategy document) untuk pelbagai jenis pengujian.
- pemilihan peralatan pengujian
- menganggar perbelanjaan
- mengenal pasti item pengujian
- mengenal pasti ciri-ciri sistem yang ingin diuji, syarat-syarat pengujian dan maklumat lengkap keputusan ujian yang dijangka berdasarkan objektif tertentu.
- membuat perancangan sumber dan menentukan tugas dan tanggungjawab setiap ahli kumpulan
- mengenal pasti keperluan latihan
KRITERIA MASUK
- RTM yang telah dipersetujui dan disahkan oleh pihak atasan
KRITERIA KELUAR
- pelan pengujian
REKA BENTUK KES PENGUJIAN
kes pengujian adalah satu dokumen yang sangat penting di dalam pengujian sistem. Dokumen ini menerangkan tingkah laku (behavior) sesebuah sistem di dalam apa jua keadaan (state) dan digunakan untuk mencari error ke atas sistem yang sedang dibangunkan
AKTIVITI
- pembangunan kes pengujian (test case) atau skrip pengujian (test script)
- kajian semula dan semak semula test cases atau test scripts
KRITERIA MASUK
- RTM yang telah dipersetujui dan disahkan oleh pihak ataasan, pelan pengujian
KRITERIA KELUAR
- test cases atau test scripts
PEMBANGUNAN PERSEKITARAN PENGUJIAN
persekitaran pengujian penting untuk menentukan dan memastikan perisian dan peralatan yang akan digunakan dalam proses pengujian adalah dalam keadaan baik dan sesuai.
AKTIVITI
- memahami keperluan peralatan dan perisian untuk melaksanakan pengujian
- menghasilkan senarai semak persediaan persekitaran pengujian
- membangunkan persekitaran pengujian
- melakakukan smoke test dan menghasilkan laporan smoke test
KRITERIA MASUK
- dokumen berkaitan reka bentuk sistem dan keperluan sistem.
KRITERIA KELUAR
- pembangunan persekitaran pengujian menepati senarai semak yang dibuat, smoke test berjaya.
PELAKSANAAN PENGUJIAN
pada fasa ini, kumpulan penguji akan melaksanakan pengujian berdasarkan pelan pengujian dan test case yang telah dibuat. sebarang pepijat dan kesilapan akan dilaporkan kepada pembangunan sistem untuk dibuat pembetulan. pengujian akan dibuat semula sejurus selepas pembetulan dilakukan.
AKTIVITI
- melaksanakan pengujian seperti yang dirancang
- mencatat keputusan pengujian
- merekod kecacatan yang terdapat pada sistem bagi pengujian yang gagal
- memperbetulkan kegagalan yang berlaku.
- melakukan ujian semula
KRITERIA MASUK
- RTM, pelan pengujian, test case, persekitaran pengujian telah tersedia.
KRITERIA KELUAR
- semua pengujian yang dirancang dilaksanakan, log kecacatan/kegagalan sistem.
PENUTUPAN PENGUJIAN & LAPORAN
kumpulan penguji akan berbincang dan menganalisa dokumen pengujian untuk mengenal pasti strategi yang perlu dilaksanakan pada masa hadapan.
AKTIVITI
- menilai kriteria pengujian berdasarkan masa, kos, liputan pengujian dan kualiti pengujian
- analisi keputusan pengujian
- menyediakan laporan pentupan
- menyediakan laporan tentang kualiti produk kepada pelanggan.pengguna.
KRITERIA MASUK
semua pengujian telah dilaksanakan, keputusan pengujian, log kecacatan/kegagalan sistem.
KRITERIA KELUAR
- laporan penutupan pengujian yang disahkan oleh pelanggan/pengguna.
KAEDAH PENGUJIAN
STATIK DINAMIK
- review 1.black box
- walkthrough 2. white box
- inspection
PENGUJIAN SISTEM
pengujian sistem dilakukan secara manual dan dilakukan ke atas sistem yang boleh dilarikan (executed). Proses ini bermula di awal fasa pembangunan sistem dan dilakukan semasa proses verifikasi sistem . Ia melibatkan pengujian kod program dan juga dokumentasi yang berkaitan tetapi ia tidak memerlukan sesebuah program itu dilaksanakan. Antara jenis pengujian statik adalah walkthrough, ulasan (review), dan pemeriksaan (inspecton)
- walkthrough
tujuan utama walkthrough adalah untuk memberi informasi tentang sistem serta untuk memahami sistem . proses ini akan dikendalikan oleh pembuat sokumen pengujian dan pembangunan sistem di mana mereka akan menerangkan tentang sistem dan bertanya pendapat daripada ahli lain. walkthrough adalah tidak formal.
- ulasan (review)
proses ini bertujuan untuk memberi ulasan dan kritik terhadap dokumen pengujian dan sistem yang dibangunkan. dokumen pengujian mana yang perlu diberi ulasan akan ditentukan terlebih dahulu dan biasanya ditentukan oleh pengurus tertinggi syarikat. apabila dokumen pengujian yang perlu diberi ulasan telah ditentukan, mesyuarat akan diadakan untuk memaklumkan kepada ahli yang terlibat. ahli yang terlibat perlu membaca dan menilai dokumen tersebut serta mencari dan memperbetulkan kecacatan yang wujud dalam sistem.
- pemeriksaan (inspection)
proses ini mempunyai persamaan dengan review tetapi proses ini dilakukan dengan lebih formal. proses ini biasanya melibatkan ahli-ahli yang pakar seperti moderator,producer,reviewer dan recorder.
melalui pengujian statik, kecacatan sistem yang dapat dikesan adalah seperti berikut :
- pemboleh ubah yang tidak mempunyai nilai pemula
- antara muka yang tidak seragam dan tidak konsisten
- pemboleh ubah yang telah diisytihar tetapi tidak digunakan
- unreachable code dan dead code
- pelanggaran standard atur cara
- kelemahan dari segi keselamatan
- kesalahan sintaks
PENGUJIAN DINAMIK
pengujian dinamik akan dilakukan semasa sistem dilarikan (executed) dan ia memerlukan komputer untuk dilaksanakan. proses ini dilakukan semasafasa pengesahsahihan (validation) . antara jenis - jenis pengujian dinamik adalah pengujian kotak hitam (black box) dan kotak putih (white box).
KOTAK HITAM (BLACK BOX)
- pengujian ini dilakukan untuk menguji kefungsian sesebuah sistem tanpa memerlukan pengetahuan tentang kod yang ditulis. sistem akan dijalankan secara menyeluruh dan semua fungsi sistem akan diuji
KOTAK PUTIH (WHITE BOX)
- pengujian ini dilakukan pada aras (level) kod di mana setiap baris kod diuji bagi menentukan kadar efiensi sistem dan setiap baris kod menghasilkan output seperti yang dijangka. pengujian ini perlu dilakukan oleh penguji yang mempunyai pengetahuan atur cara
Comments
Post a Comment